Hai, Selamat petang :)
ye, selamat petang !! hari ini gua cuti, jadi gua ada masa nak update blog gua.
Today, dan seperti hari-hari lain, gua masih nak bercakap hal personal tentang diri gua.
Mungkin muka gua bila sekali pandang bajet macam garang.
tapi hakikatnya gua ialah perempuan yang kadang-kadang sangat blur
tanpa gua sedar.
Bila membe-membe gua gelakkan gua ,
gua masih tak sedar yang gua sedang berada di zon blur.
Sempat pulak gua tanya, kenapa gelak ?
padahal, tengah gelakkan gua.
kejadah betul !
Sampai satu tahap, gua rasa marah dan terus buat tak tahu.
Argggh! amenda yang gua makan sampai blurr macam siput babi ni ??
okey, MOVE ON to another stori.
Yang tadi Bab bila gua dengan membe-membe gua.
Yang ini pulok Bab bila gua *bercinta.
Disebakan gua ini merupakan sejenis manusia yang suka melawan tapi
terkena virus Blur yang sangat teruk telah meyebabkan hampir-hampir 70% diri gua blur.
okey, sekarang gua akan berpindah ke part sedih.
hidup gua hampir-hampir musnah sejak gua disahkan mengidap sindrom Blur.
sindrom Blur gua semakin terserlah bila gua decide falling in love with CROCODILE
atau nama spesifik dia PLAYBOY .
setiap kali gua mula sayangkan kaum adam, gua sayang dengan bersungguh-sungguh
sehingga sampai satu tahap gua tak mampu nak sayangkan diri gua sendiri.
Gua hancurkan hidup gua semata-mata untuk orang yang gua sayang.
Kepercayaan gua hampir-hampir gua serah semua dekat kaum adam tu.
semuanya gara-gara gua termakan janji-janji manis yang sangat manis daripada madu tuh.
setiap kali gua di suap dengan janji manis, gua cair. apatah lagi disuap oleh orang yang gua sayang.
percayalah, even pahit sekalipon gua tetap rasa manis.
tapi apa gua dapat sekarang, hampeh ! rasa benci yang meluak-luak..
p/s : okey, stop ! kenapa gua masih nak bincang pasal crocodile hunter yang dah lama berkurun gua lupa.
dah ! gua cuma nak ingatkan balik untuk jadi pengajaran dalam hidup gua.
sekali gua jatuh, gua tak nak lagi dah jatuh bergolek-golek .
Dear future husband, i will be a good wife ever after NIKAH as long as you promise me one thing.
Help me and accompany me in getting to JANNAH.
sincerely, me.
p/s : prepare myself to be a wife. inshaallah. tak mudah tapi cuba untuk permudahkan.
enough laa bercinta secara tak halal ni.
Pada petang jumaat yang sangat indah,
burung-burung yang turut bersiul memanggil anak-anaknya pulang ke rumah
disertakan dengan bunyi kokokan ayam yang bertubi-tubi yang sangat merdu,
gua dengan semangat jayanya tetiba rasa sangat rajin. wah, rajin la sangat eh..
By the way, ayat gua kat atas memang sangat retis. ahaks !(-_-)
maybe i'm too bored, sehari suntuk duduk di rumah melayan jiwa, dan melayan mata
yang 24 jam asyik mengantok, gua decide untuk kemas kertas-kertas, buku-buku
gua yang semester-semester lepas.
Gua start dengan mengkodek-kodek fail pink gua yang kedebak besar tuh.
sekali buka, nah !anak-anak lipas terkejut dengan kehadiran gua dan lari lintang pungkang
bersembunyi disebalik kertas-kertas yang gua simpan.
oke, rare ! nampak sangat sebelum ni tak pernah kemas.
punya la pemalas anak Shukri ni. haisyh . hahahak :D
(Gua dah google image gambar anak lipas konon nak letak dalam blog.
konon nak nampak rare laa. tapi ! baru tgok gambar dia pon , gua dah geli. apatah lagi nak download
letak kat sini. haisyh! gelemen~ )
Back to the story.
Selepas semua anak-anak lipas lari hilang dari pandangan mata gua,
gua pon start laa dok mengemas kertas,buku bagai mengikut kreativiti gua yang agak kreatif dan kritis ini
sambil ditemani lagu-lagu hindustan yang agak rancak dan sambil gua jugak turut rancak menyanyi
mengikut lirik lagu hndustan yg gua reka sendiri..
Tengah-tengah dok syok kemas, gua terjumpa satu kertas yang di lipat elok.
macam surat. nah ! memang surat pon. SURAT CINTA.
Dengan penuh cuak dan perasaan ingin tahu, gua bukak surat tuh dengan gelojohnya dan
baca surat tuh dengan penuh kekhusyukkan. Dan akhirnya, gua keluar bilik, pinjam lighter membe gua,
gua bakar surat tuh. wakakaka !
Terasa kebodohan gua dengan mendadaknya.
P/s : Bila kita jatuh cinta, everything was very interesting.
but when we break up, everything was stupid. ahaks !
tambah-tambah lagi bila engat balik semua benda yag lepas tuh hanya menyakitkan hati.
lagi menyakitkan hati bila kita pilih dia sebagai terakhir tapi di mata dia kita tak ubah
macam anak patung yang boleh di cari bila perlu dan di tinggalkan bila dah bosan.
Menyesal. yaa. mungkin menyesal tapi bukan menyesal sebab kenal dia.
tapi menyesal sebab gua jatuh cinta pada dia. jatuh cinta pada si dia, si kasanova.
Sebab dia, gua down. kecewa. makan hati. merana. walau gua merayu. walau gua menangis.
walau gua cuba merintih. walau gua cuba meraih simpati. gua lansung tak dipeduli.
yang dia tahu, gua harus ditinggalkan . titik.
Mungkin dulu setiap air mata gua yang jatuh, ada jari yang meyapu lembut . buat gua tersenyum.
tapi sekarang air mata gua tetap jatuh menitik tanpa henti , masih menunggu ada jari yang menyapu lembut.
tapi harapan gua hanya sia-sia. yg gua tahu sekarang dia memang kejam.
Kadang-kadang gua tanya pada diri gua, kenapa gua jatuh cinta pada manusia sekejam dia ?
gua tak tahu.
Tapi sekarang gua dah tahu. sebab bila dia kejam pada gua, baru gua sedar gua akan jadi lebih kuat
setiap kali engat kekejaman yang dia buat pada gua. sebab tuh jugak, hari ini gua boleh bangun dari kelemahan gua. Pandang lelaki bukan dengan mata kasar tapi dengan mata hati.
otak lelaki banyak sangat akal yang dia ada untuk trick perempuan yang naif macam gua.
ahaks ! gua naif ke ? mungkin jugak. tapi perkataan lebih tepat, bodoh.
thats all for today. :)