salah paham

Gua still dalam situasi yang agak benggang kerana titik hitam
yang menempat di muka gua.
tapi tak apa lah! abaikan ~
Berbalik kepada tajuk entry gua, SALAH PAHAM.
sedang gua dengan gumbiranya dok menelek pesbuk, 
tiba-tiba henpon gua masuk mesej. 
Mesej from 'mama cute'. emak gua la tuh. tapi adik laki gua yang form5 tuh yang bajet hantar mesej.
mesejnya berbunyi macam ini :
"balik kerja satgi abah suruh beli roti wooow. balik cepat sikit noh."
bajet ! dia yang kebulur lebih guna nama abah pulak. gua dah tersengih. gua cari akai nak reply balik. then gua cakap la:
"no money, no roti"
maybe keturunan gua semua jenis suka nak menyakat orang. adik gua pulak nak hentam gua.
 "no roti jangan balik !"
amboiyh-amboiyh .. 
"kalau aku nak balik  jugak"
"balik ja lah tapi tak payah masuk rumah"

cis! malas gua nak layan otak tak senta adik gua ni sorang sambil gua dok tersengih sorang-sorang.
"amoiyh cik kak tuh baca mesej pon dok sengih-sengih. mesej dengan pak we ka ? " terdengar suara-suara sumbang orang dekat office ni.
erk? apakah ? adik laki gua laa. damn ! maluuu.. dari tadi dok perhati gelagat gua ka?
ta kan gua nak cakap, salah paham la. tadi mesej dengan adik laki la.
tapi nati lagi la bertambah salah paham.
"dia ni. adik sendiri pun boleh jadi"
tak ke bertambah banggang ?
ahhh, shame! terus gua kemas barang-barang gua letak dalam beg dan terus balik.
ta payh nak toleh sapa-sapa dah..   


kisah lagenda yang rare :)


Tersebutlah kisah pada zaman dahulu, lahirnya seorang gadis yang sangat cantik sehinngga tiada tandingannya mengalahkan Cinderella, puteri salju dan puteri-puteri lagenda yang lain. Gadis tersebut tak lain tak bukan adalah gua sendiri. Hehehe. Silap ! gadis tersebut adalah anak kepada seorang raja, Raja Putera Ahmad Shah  bagi Negara yang sangat masyur pada abad tersebut. Mengikut sejarah zaman tersebut wujud sebelum lahirnya dinasour- dinasour.

Apabila dewasa, kecantikkan sang puteri semakin menjadik-menjadik sehingga menyebabkan banyak rakyat jelata terutamanya kaum perempuan sangat cemburu akan sang puteri. Termasuklah nenek kebayan ataupun nenek sihir yang lagi obses cemburukan sang puteri disebabkan anaknya tidaklah secantik sang puteri tetapi lebih kepada seperti kak Limah .Disebakan kecemburuan dan kedengkian yang amat terlampau menyebabkan nener sihir tersebut menculik sang puteri dan mengurung sang puteri di satu menara yang sangat tinggi di pelusuk hujung dunia yang dikatakan kini dijadikan pusat pelancongan, iaitu Langkawi Seri Bunting.

Sang Raja sangat lah sedih atas kehilangan puterinya. Sepanjang hari sang raja asyik termenung mengenang akan kehilangan puterinya tanpa berfikir untuk membuat laporan polis dibalai berdekatan.  Kemungkinan sang raja khuatir laporannya tidak diterima pihak polis kerana kehilangan puterinya belum cukup 24jam.   Menunggulah sang raja detik-detik cemas menghitung jam sambil melahap kfc yang baru di pesan sebentar tadi. Bosan agaknya .

Tiba-tiba henpon sang raja berbunyi. Tanda satu pesanan ringkas dalam laman social “wechat” masuk ke inbox. Pesanan dihantar oleh nenek kebayan a.k.a nener sihir :

“wahai rajaku yang ta berapa nak daulat. Cuba tengok dekat moment ‘wechat’ patik “

Rupa-rupanya nenek kebayan a.k.a nener sihir mengupload gambar sang puteri yang dikurung dimenara tinggi . secara mendadaknya sang raja mangkat kerana terlampau terkejut. Disebakan terlupa meninggalkan wasiat, sang raja hidup semula untuk menulis wasiat selama 5minit. Akhirnya sang raja mangkat untuk selama-lamanya.

“Dikesempatan ini beta ingin meninggalkan wasiat. Sesiapa yang Berjaya menyelamatkan puteri kesayangan beta iaitu Puteri Awan Nano yang telah dikurung nenek kebayan a.k.a nener sihir dimenara tinggi KLCC , beta akan izinkannya berkahwin dengan puteri beta sekaligus mengantikan takhta beta sebagai raja. Terbuka kepada semua bumiputra. Siapa cepat, dia dapat! “

Hebohlah tentang wasiat yang ditinggalkan sang raja sehingga ke negeri sepuluh. Ramainya yang berpusu-pusu menjalani ujibakat untuk pergi menyelamatkan sang puteri. Bukan sahaja pemuda-pemuda kacak yang teruna malahan suami-suami orang dan datuk-datuk orang juga turut serta beradu tenaga menyelamatkan sang puteri. Alangkah bertuahnya jika dapat memiliki sang puteri yang cantik rupawan sebagai seorang isteri berpakej dengan harta bapaknya yang bertimbun-timbun sekali. Namun hampa semua harapan dan impian mereka tidak menjadi kenyataan. Masing-masing mempunyai simptom gayat akan ketinggian.

Namun tidak pada  seorang putera yang berdarah tarzan yang tinggal berdekatan dengan Negara tersebut. Sang putera tersebut sangatlah biasa memanjat pokok-pokok tinggi, bergayut dari dahan ke dahan tak ubah seperti seekor monyet tarzan. Dengan gigih dah gagahnya sang putera memulakan pengembaraanya mencari menara tinggi KLCC tersebut. Pelbagai halangan, rintangan dan dugaan dilaluinya. Bak kata lain ala-ala macam teruk la. Entah kenapa sang putera sanggup berkorban jiwa dan raganya untuk menyelamatkan sang puteri tersebut sedangkan baginda sendiri tidak pernah bertemu dan kenal sang puteri walaupun di muka buku. Tidak lain tidak bukan ini semua kerana harta. Negara baginda sudah hampir bankrap kerana setiapa hari wang rakyat digunakan untuk pergi ke pusat hiburan keluarga untuk berkaroke. Jadi dengan cara inilah baginda dapat bangunkan balik Negara baginda.

Sesudah sampai di menara tinggi, ternampaklah sang putera akan kecantikkan sang puteri. Terpukau sang putera apabila melihat wajah Puteri Awan Nano. Rambutnya yang panjang, ikal dan lebat, lagak seperti rambut Rapunzel! Kulitnya putih berseri bak cahaya menerangi, kalah Puteri Salju Putih. Bibirnya merah delima. Benar khabar angin yang dikatakan, sang puteri memiliki rupa paras yang sangat cantik, jelita dan menawan. Kecantikkannya sangat asli tanpa perlu menggunakan produk kak ton. Niat baginda yang sonsang tadi dengan automatiknya menjadi sangat tulus dan murni. Hatinya ikhlas untuk menyelamatkan sang puteri. Itulah yang dikatakan the power of love.

“wahai sang puteri yang sangat cantik dan rupawan. Beta datang untuk menyelamatkan kamu “

Sang puteri yang sedang termenung terkejut apabila terdengar jeritan yang sangat kuat dari bawah menara mengalahkan suara tarzan. Mana taknya darah tarzan mengalir dalam badan sang putera.

“akhirnya, ada juga orang yang datang menyelamatkan beta. Syukur ! “ tersenyum simpul sang puteri.    
“tetapi bagaimana beta hendak menyelamatkan puteri. Tiada tangga yang dapat menandingi ketinggian menara ini. Beta sengaja tidak membawa skylift. Skylift beta tidak terisi minyak. Lagipun sekarang minyak sudah naik harga, beta tidak mampu lagi untuk mengisi minyak“ ujar sang putera.
“wahai putera yang dikasihi. Gunalah benda ini untuk naik ke atas. “  

Dihulurnya sang puteri sesuatu yang sangat panjang turun ke bawah menara. Naiklah baginda sang putera ke atas menara dengan pantasnya. Sudah menjadi kebiasaan baginda dalam hal panjat-memanjat ini. Sesampai saja baginda di atas, terus baginda memeluk erat sang puteri tanpa menyedari tindakan baginda melanggar hukum-hakam agama islam. Memeluk anak dara orang yang bukan mahramnya.

“wahai puteri yang cantik rupawan. baginda tersangatlah gembira dapat menyelamatkan puteri tetapi baginda sangat musykil , mengapa tuan puteri tidak turun sendiri sedangkan puteri mempunyai tali yang sangat panjang. Tuan puteri ini sengaja mengada-ngada tunggu orang lain jugak yang datang selamatkan tuan puteri ye “  

Pang ! dengan tidak semena-mena sang putera ditampar sang puteri.

“sungguh kurang ajar ye kamu. Apakah yang membuatkan kamu mengatakan rambut beta ini tali” dengan benggangnya sang puteri memarahi sang putera.

“rambut kamu ye puteri? Maafkan beta. Beta sangkakan seutas tali, teksturnya sangat kasar sehingga menyebabkan tangan beta luka-luka “

Dek terlampau malu mendengar komen sang putera yang ta dak tapis-tapis tuh, terus sang puteri memotong rambutnya sehingga pendek dan mencampak keluar rambut-rambut yang dipotong tadi kebawah menara. Tanpa berfikir mereka tidak mempunyai apa-apa lagi untuk turun ke bawah menara. Akhirnya niat sang putera untuk menyelamatkan sang puteri tidak kesampaian. Dengan baginda sekali terperangkap di dalam menara tinggi KLCC tersebut selama-lamanya.

Akhirnya disebabkan tiada pemerintah yang memerintah Negara tersebut, hilanglah Negara tersebut dari peta dunia.  

Krek..krek..krek..

   p/s : semalam pukul 12 gua tak boleh nak tidor. Gua ralet dok usha adik perempuan gua yang rambut dia sangatlah panjang. Adik beradik gua semua panggil dia hantu kak limah. Tengah-tengah  gua asyik termenung, gua tergelak sorang-sorang. Lantas gua switch on laptop gua dan buka Microsoft office word dan gua buat cerita merapu ni. Hahaha. Gelak besar ! 

gua dengan muka toya gua


hari ini bersamaan 17 September 2013,
gua rasa sangat bebal !
gua punya lecture nak datang ke tidak entah, mesej apa benda pon tak.
kalau nak datang hari ni, cakap la hari ini.
nak datang esok, cakap la esok.
main teka-teki pulak.
gua punya supervisor pon asyik tanya, hari ini ka esok ?
gua nak jawab apa ?
jawab macam ini :
"eh.. saya pun ta tahu la hari ni ke esok ? 
saya punya lecture misteri sikit, suka bagi kejutan. dia datang ja bila-bila dia nak. kita standby ja. orite bos ?"
haish ! apa susah-susah call la kau punya lectur. kan senang ? saja nak propaganda lebih-lebih gua ni.  
 tapi gua punya sebal dan bebal bukan sebab tu. 
tapi sebab tengok kat bawah ni haa :
 

apa benda naik dekat dahi gua tuh.. arggh !
melecur kena sembur dengan minyak masak time gua tengah gorang ayam.
tension betul gua (-_-")
lepas tu, gua pulak rajin dok pergi meroneh menatang alah tu.
lagi la teruk..
sehari suntuk gua asyik menempet glasses gua yg besaq kedebak datang office.
punya la nak cover menatang alah tu.
dan gua terasa sangat malas dan fedup nak makeup lansung hari ini.
dan datang office buat muka 'toya' macam mayat hidup.
THE END !

Kenapa minyak ron 95 naik ?



Malam ni gua dapat mesej-mesej yang khabarnya 
minyak ron 95 akan di naikkan pukul 12 malam ni. 
Nak percaya ke tidak, belakang kira.
 Yang gua tahu bab naik-menaik harga ni memang jarang-jarang BN mungkiri. 
Gua bukan politik okey ! gua still student, umur gua pon tak cukup nak mengundi lagi.
 Start tahun depan dah boleh dah la.. 
tapi agak-agak la benda macam ini tak kan gua tak reti nak berfikir. 
Gua dah decide nak beli basikal lepas ni. 
Nanti gua pergi keja naik basikal sudah la ya. 
Tak payah gua susah nak pergi isi minyak tu lagi. 
Dan setiap kali isu minyak naik, gua pon tak payah susah-susah nak kutuk diorang lagi.

baru gempak sikit kalau gua naik ni .

Bapak gua cerita anak menakan membe dia kerja dekat Bank Negara sekarang semua bercelaru otak. Duit Negara tak cukup, hutang bertimbun-timbun. Setiap kali duit masuk, lepas tu habis macam tu ja bagi dekat orang ‘kerajaan’ diorang buat apa, gua pun tak tahu lah. Maybe diorang sibuk bersedekah agaknya. Okey-okey! Tak baik gua nak berburuk sangka. Kan ? (‘_”)

Jadi, bila kewangan Negara dah problem, diorang terpaksa la buat macam ni.
 Naikkan minyak dan bagai-bagai. 
Kalau dulu bendera parti kau dapat free jaa siap boleh buat roket, 
buat baju dekat anak patung kau dan bagai-bagai 
tapi selepas mengundi bendera Malaysia pon kau kena beli ya.
 Kalau kau nak cakap, bila bendera kena beli baru rasa macam rare kau hargai kemerdekaan. Okey! 

Sama la seperti kau anggap, kau ada duit, kau boleh beli bendera, baru kau hargai kemerdekaan. Jadi, kau tak ada duit, tak boleh beli bendera, kau tak reti nak hargai kemerdekaan. Kau memang bengap !

p/s: kau ada mata, kau tengok! Kau ada telinga , kau dengar ! kau ada otak, kau fikir! Kau jangan pandai saja, kau jangan berjawatan tinggi saja kalau benda macam ini pon kau tak dapat fikir. Aku minta maaf kalau statement gua agak-agak boleh dibuang kerakyatan. Gua rakyat Malaysia, gua ada hak bebas bersuara. Dan gua nak jadi rakyat Malaysia yang dipimpin oleh pemimpin yang membawa ke jalan yang lurus bukan jalan yang bengkang-bengkok macam highway karak. Kalau isteri kau pon kau tak dapat nak pimpin ikut cara agama islam, macam mana kau nak pimpim rakyat-rakyat kau yang lain.
Terima kasih J

ujibakat AF 2013

Tadi gua tengah tengok ujibakat AF 2013 dengan bapak, emak, adik-adik
 dan kucing-kucing gua.. 
Bukan apa, gua pon ada hati nak masuk tapi
 bapak gua tak bagi sebab bapak gua cakap suara perempuan aurat. 
Emak gua cakap ramai perempaun yang masuk AF
 sebab ramai perempuan yang ada dalam neraka. Okey! 
Gua agak takut tapi minat yang ada dalam diri gua tak boleh nak halang gua. 
Gua pun biasa menyanyi dalam majlis biasa-biasa.. 
Tak apa lah. Gua bukannya taksub sangat pun. 
Habis kuat gua kempunan nak menyanyi, 
gua pergi saja lah karoke dengan membe-membe gua. Senang !

Okey! Back to the story. 
Bila gua tengok ujibakat AF ni lama-lama, 
gua rasa gua tengah tengok raja lawak.
 Kalau kau rasa kau sangat berbakat , tak pun ada jugak lah bakat,
 tak salah kau nak pergi ujibakat tu. 
Gua tak ada nak cakap apa-apa lah. Kalau suara kau sedap, conform gua puji beb. 
Tapi kalau telinga kau sendiri pun tak dapat nak terima dengar suara kau, 
kau cepat-cepat la sedar diri ye.
 Gua bukan apa, kau cuma buat dosa gua dengan orang-orang lain bertambah. 
Yela, dok kutuk kau. Gua minta maaf tapi nak buat macam mana kau sendiri yang perbodohkan diri kau. Kan ?



Kau jangan marah . Ya, aku tahu tak salah kau nak cuba nasib. 
Tapi kau agak-agak la , nasib macam mana yang nak menyebelahi kau 
kalau suara kau *macam tu.
 Let say!  Kalau nasib kau baik, kau dapat top 24 pun, 
gua conform-conform juri-juri dekat situ semua kena kutuk dengan rakyat Malaysia
sebab pilih kau. kau pun tahu la sendiri la, selera rakyat Malaysia ni tinggi.
tak kena sikit, kena la hentam.
Gua tahu statement gua agak kejam tapi gua minta maaf, ini blog gua, ini luahan hati gua.


p/s : bak kata MATHLUTFI . ukur baju di badan sendiri. Kecuali kalau bapak kau kaya sangat, tak pun kalau emak kau ada butik sendiri, ataupun kalau kau tarzan, tak pakai baju.
Terima kasih J
  

Kerana sebiji bas stack



Dah menjadi kebiasaan gua, asyik nak mengutuk cara orang Malaysia
 bawa kereta , lori, bas,motor apa tu 
termasuk la mengutuk diri gua sendiri.
 Hari ini gua ada benda lagi nak cerita pasal jalan raya.

On the way gua nak balik kerja tadi gua sempat jugak la
 usha gelagat orang-orang  langkawi..
 bajet macam gua bukan orang langkawi ja. 
sampai satu jalan tu, jalan  agak jammed meh. 
Yela jalan dekat Langkawi bukan nya besar sangat pon.
 Kena sebijik bas stack kat situ, habis jammed sampai ke jeti..

 jadi disebabkan keadaan agak sesak moto gua pon gerak seciput-ciput ja lah.
 Gua dah la tak pandai nak control moto kalau slow-slow. 
So, gua ambil keputusan berhentikan moto gua belakang bas tuh ja dan buat bodo’s. 
Dari situ lah gua dapat tengok brader-brader, pakcik-pakcik 
turut serta atuk-atuk menunjukkan bakat diorang
 mencelah-celah antara bas tuh dengan transport-transport yang lain. 
ini gua rembat dari incik google saja. gua kan nak bagi nampak rare sikit.

Gua tengok saja buat muka kagum sambil cakap dalam hati “nak mati cepat la tuh” padahal bagi org lelaki benda tuh standard saja.. 
gua ja lebih-lebih macam benda tuh bahaya yg terlalu serius sgt.

Kisah pulak gua diorang nak mencelah ke, nak menerbang ke, nak meniarap ke,
 yang pasti gua cuma ambil tindakan yang selamat. 
Kalau bas tu gerak, gua follow gerak. Kalau bas tu tak nak gerak, gua camping terus dekat situ. Senang! 

Kan gua dah cakap gua bukan minah rempit tegar.
Lepas jalan dah tak berapa nak jammed, gua pon gerak macam biasa. 
Gua baru nak terhegeh-hegeh keluar simpang,
 bapak ada sebijik moto tu potong gua rapat gila. Bapak gua terkejut sambil gua maki-maki. Apa lagi ? gua terus tengok nombor plat moto dia. 
Gaya-gaya gua nak bawak geng gua belasah dia nanti padahal gua geng apa pun tak ada. Cakap ja over. Sekali gua tengok, moto bapak menakan gua.
 Memang bapak betul la.. hehehe. :D
 Sori bapak menakan , gua kutuk-kutuk manja ja tadi.

kebaya merah yang seksi

banyak sangat benda yang gua nak kodek-kodek hari ini yea.
nie gua kodek-kodek dekat picture laptop gua.
gambar gua pergi tengok kawasan untuk di majukan sebagai tapak 'Langkawi International Fishery terminal'.. 
superb ! pemandangan dia sangat cantik. 
baru gua tahu sebenarnya langkawi memang ada banyak tempat-tempat yang cantik.
gua sendiri orang langkawi pon baru first time datang sini.
agak pelik la sebab gua budak praktikal engineering kot, 
kenapa gua sibuk nak pergi tengok kawasan bagai-bagai. 
gua bukan budak planner. 
ye lah! nama pun budak praktikal. bukan banyak sangat kerja yang gua buat dekat office.
jadi staf planer dekat situ yang ajak join. ada jugak kerja. iye dak ?
by the way, nak dijadikan cerita gua follow ni pon sebab diorang ajak last minit.
gua pandang gaya gua dressing hari ni atas bawah.
gua pakai kebaya ! kain belah ! kasut widgets!
mohon maaf, gua tak mau pergi ! tapi kata-kata cuma terlekat di keronkong gua.
gua tak berani membangkang. Dengan muka ketat, gua follow ja la. 
sampai ja kat sana. gua yang paling tergedik-gedik dan terhegeh-hegeh nak naik sampan.
lansung tak sedar diri yang gua ni pakai kebaya.
berjalan saja pun, kain tu terselak sana-sini. ini ada hati nak naik sampan. saja nak buat freeshow.
akhirnya, memang gua buat freeshow sungguh. 
searching for minah kebaya merah.!
Bila dah naik sampan tuh, gua duduk pun terkepit-kepit la.
padan muka ! 
kalau gua duduk bersila, gamaknya jadi macam perempuan kat bawah ni la.

mohon perhatian ! gua bukan letak gambar lucah yea.
gua tahu gambar tu terlalu seksi untuk tatapan umum.
tapi gua terpaksa. gua nak bagi imagine gua nampak rare.!!
tak kan gua nak letak gambar gua macam tuh kan.
jadi gua letak ja la model murahan yang gua curik dekat incik google. 

perubahan bahasa


selepas gua kodek-kodek laci gua dalam misi pencarian pensil tapi tak di jumpai.
gua ambil keputusan untuk mengatakan gua dah ta ada mood nak buat report.
jadi masa gua yang sangat terlebih, gua kodek-kodek blog gua yang lama.
gua baca ayat-ayat gua di zaman gua bebudak sekolah dulu.
gua rasa gua tak percaya !
gua macam menunjukkan kebodohan gua sendiri..

purf! purf!

gua tahu ayat-ayat gua sekarang ni pon macam entah apa-apa ja..
tapi ayat gua yang dulu-dulu lagi la, hancur.
zaman tu gua terpengaruh  guna ayat 'shortcut' kot.
gua sendiri pon geli nak membacanya balik. hahaha :D
baru gua sedar, selama ni gua dengan main suka mengutuk budak-budak sekolah
suka rosakkan bahasa melayu, rupa-rupanya gua pon sekali..
okey. sekarang gua dah insaf.
gua tak ada main guna bahasa macam orang bodoh tu lagi dah.
bukan saja menyusahkan org nak baca, menyusahkan gua sendiri jugak .
so, gua dah padam semua post-post dalam blog gua yang lama tuh.
cuma still ada sikit-skikit ja.
gua dah malas nak tunjuk yang gua ni agak bodoh jugak dulu.
kehkehkeh ..

terima kasih.








pensil dan gua !



okey! sekarang muka gua, kening gua, mata gua sebijik macam di atas . 
gua tension !
gua sudah berada di zon baru tergedik-gedik nak siap kan buku report.
lecture gua akan datang in this month jugak.
konkulasi nya : tergedik-gedik ka ? terhegeh-hegeh ka ? kena siapkan jugak!
tengah-tengah gua dok mengarang ayat report, gua rasa gua nak letak ala-ala gambar rajah sikit.
nak lebih rare, gua rasa gua nak lukis. baru original meh !
disebabkan gua tak pandai melukis, jadi gua rasa gua nak sketch pakai pensil dulu.
gua kodek-kodek laci gua dekat office ni dengan niat nak mencari pensil.
tapi hampeh ! tak ada ! yang terkodek keluar, anak lipas.
gagagaga :D
gua kodek-kodek pensil case gua, tak ada jugak !
jadi gua amik keputusan untuk tension kan diri sebab gua cari pensil tak jumpa.!!
serius tension !!
then, gua on laptop. gua bukak google. gua bukak blog. gua bagitahu yang gua tension.
okeyh ! gua dah tak tension.
terima kasih :)