Tersebutlah kisah pada zaman dahulu, lahirnya seorang gadis
yang sangat cantik sehinngga tiada tandingannya mengalahkan Cinderella, puteri
salju dan puteri-puteri lagenda yang lain. Gadis tersebut tak lain tak bukan
adalah gua sendiri. Hehehe. Silap ! gadis tersebut adalah anak kepada
seorang raja, Raja Putera Ahmad Shah
bagi Negara yang sangat masyur pada abad tersebut. Mengikut sejarah
zaman tersebut wujud sebelum lahirnya dinasour- dinasour.
Apabila dewasa, kecantikkan sang puteri semakin
menjadik-menjadik sehingga menyebabkan banyak rakyat jelata terutamanya kaum
perempuan sangat cemburu akan sang puteri. Termasuklah nenek kebayan ataupun
nenek sihir yang lagi obses cemburukan sang puteri disebabkan anaknya tidaklah
secantik sang puteri tetapi lebih kepada seperti kak Limah .Disebakan kecemburuan dan kedengkian yang amat
terlampau menyebabkan nener sihir tersebut menculik sang puteri dan mengurung
sang puteri di satu menara yang sangat tinggi di pelusuk hujung dunia yang
dikatakan kini dijadikan pusat pelancongan, iaitu Langkawi Seri Bunting.
Sang Raja sangat lah sedih atas kehilangan puterinya.
Sepanjang hari sang raja asyik termenung mengenang akan kehilangan puterinya
tanpa berfikir untuk membuat laporan polis dibalai berdekatan. Kemungkinan sang raja khuatir laporannya tidak
diterima pihak polis kerana kehilangan puterinya belum cukup 24jam. Menunggulah sang raja detik-detik cemas
menghitung jam sambil melahap kfc yang baru di pesan sebentar tadi. Bosan
agaknya .
Tiba-tiba henpon sang raja berbunyi. Tanda satu pesanan
ringkas dalam laman social “wechat” masuk ke inbox. Pesanan dihantar oleh nenek
kebayan a.k.a nener sihir :
“wahai rajaku yang ta berapa nak daulat. Cuba tengok dekat
moment ‘wechat’ patik “
Rupa-rupanya nenek kebayan a.k.a nener sihir mengupload
gambar sang puteri yang dikurung dimenara tinggi . secara mendadaknya sang raja
mangkat kerana terlampau terkejut. Disebakan terlupa meninggalkan wasiat, sang
raja hidup semula untuk menulis wasiat selama 5minit. Akhirnya sang raja
mangkat untuk selama-lamanya.
“Dikesempatan ini beta
ingin meninggalkan wasiat. Sesiapa yang Berjaya menyelamatkan puteri kesayangan
beta iaitu Puteri Awan Nano yang telah dikurung nenek kebayan a.k.a nener sihir
dimenara tinggi KLCC , beta akan izinkannya berkahwin dengan puteri beta
sekaligus mengantikan takhta beta sebagai raja. Terbuka kepada semua bumiputra.
Siapa cepat, dia dapat! “
Hebohlah tentang wasiat yang ditinggalkan sang raja sehingga
ke negeri sepuluh. Ramainya yang berpusu-pusu menjalani ujibakat untuk pergi
menyelamatkan sang puteri. Bukan sahaja pemuda-pemuda kacak yang teruna malahan
suami-suami orang dan datuk-datuk orang juga turut serta beradu tenaga
menyelamatkan sang puteri. Alangkah bertuahnya jika dapat memiliki sang puteri
yang cantik rupawan sebagai seorang isteri berpakej dengan harta bapaknya yang
bertimbun-timbun sekali. Namun hampa semua harapan dan impian mereka tidak
menjadi kenyataan. Masing-masing mempunyai simptom gayat akan ketinggian.
Namun tidak pada seorang putera yang berdarah tarzan yang tinggal berdekatan dengan Negara
tersebut. Sang putera tersebut sangatlah biasa memanjat pokok-pokok tinggi,
bergayut dari dahan ke dahan tak ubah seperti seekor monyet tarzan. Dengan
gigih dah gagahnya sang putera memulakan pengembaraanya mencari menara tinggi
KLCC tersebut. Pelbagai halangan, rintangan dan dugaan dilaluinya. Bak kata
lain ala-ala macam teruk la. Entah kenapa sang putera sanggup berkorban jiwa
dan raganya untuk menyelamatkan sang puteri tersebut sedangkan baginda sendiri
tidak pernah bertemu dan kenal sang puteri walaupun di muka buku. Tidak lain
tidak bukan ini semua kerana harta. Negara baginda sudah hampir bankrap kerana setiapa
hari wang rakyat digunakan untuk pergi ke pusat hiburan keluarga untuk
berkaroke. Jadi dengan cara inilah baginda dapat bangunkan balik Negara baginda.
Sesudah sampai di menara tinggi, ternampaklah
sang putera akan kecantikkan sang puteri. Terpukau sang putera apabila melihat
wajah Puteri Awan Nano. Rambutnya yang panjang, ikal dan lebat, lagak seperti
rambut Rapunzel! Kulitnya putih berseri bak cahaya menerangi, kalah Puteri
Salju Putih. Bibirnya merah delima. Benar khabar angin yang dikatakan, sang
puteri memiliki rupa paras yang sangat cantik, jelita dan menawan. Kecantikkannya
sangat asli tanpa perlu menggunakan produk kak
ton. Niat baginda yang sonsang tadi dengan automatiknya menjadi sangat
tulus dan murni. Hatinya ikhlas untuk menyelamatkan sang puteri. Itulah yang
dikatakan the power of love.
“wahai sang puteri yang sangat cantik dan
rupawan. Beta datang untuk menyelamatkan kamu “
Sang puteri
yang sedang termenung terkejut apabila terdengar jeritan yang sangat kuat dari
bawah menara mengalahkan suara tarzan. Mana taknya darah tarzan mengalir dalam
badan sang putera.
“akhirnya, ada juga orang yang datang
menyelamatkan beta. Syukur ! “ tersenyum simpul sang puteri.
“tetapi bagaimana beta hendak menyelamatkan
puteri. Tiada tangga yang dapat menandingi ketinggian menara ini. Beta sengaja
tidak membawa skylift. Skylift beta tidak terisi minyak. Lagipun sekarang
minyak sudah naik harga, beta tidak mampu lagi untuk mengisi minyak“ ujar sang putera.
“wahai putera yang dikasihi. Gunalah benda ini
untuk naik ke atas. “
Dihulurnya sang
puteri sesuatu yang sangat panjang turun ke bawah menara. Naiklah baginda sang
putera ke atas menara dengan pantasnya. Sudah menjadi kebiasaan baginda dalam
hal panjat-memanjat ini. Sesampai saja baginda di atas, terus baginda memeluk
erat sang puteri tanpa menyedari tindakan baginda melanggar hukum-hakam agama
islam. Memeluk anak dara orang yang bukan mahramnya.
“wahai puteri yang cantik rupawan. baginda
tersangatlah gembira dapat menyelamatkan puteri tetapi baginda sangat musykil ,
mengapa tuan puteri tidak turun sendiri sedangkan puteri mempunyai tali yang
sangat panjang. Tuan puteri ini sengaja mengada-ngada tunggu orang lain jugak
yang datang selamatkan tuan puteri ye “
Pang !
dengan tidak semena-mena sang putera ditampar sang puteri.
“sungguh kurang ajar ye kamu. Apakah yang
membuatkan kamu mengatakan rambut beta ini tali” dengan benggangnya sang puteri memarahi sang
putera.
“rambut kamu ye puteri? Maafkan beta. Beta sangkakan
seutas tali, teksturnya sangat kasar sehingga menyebabkan tangan beta luka-luka
“
Dek terlampau
malu mendengar komen sang putera yang ta dak tapis-tapis tuh, terus sang puteri
memotong rambutnya sehingga pendek dan mencampak keluar rambut-rambut yang
dipotong tadi kebawah menara. Tanpa berfikir mereka tidak mempunyai apa-apa
lagi untuk turun ke bawah menara. Akhirnya niat sang putera untuk menyelamatkan
sang puteri tidak kesampaian. Dengan baginda sekali terperangkap di dalam
menara tinggi KLCC tersebut selama-lamanya.
Akhirnya disebabkan
tiada pemerintah yang memerintah Negara tersebut, hilanglah Negara tersebut
dari peta dunia.
Krek..krek..krek..
p/s : semalam pukul 12 gua tak boleh nak
tidor. Gua ralet dok usha adik perempuan gua yang rambut dia sangatlah panjang.
Adik beradik gua semua panggil dia hantu kak limah. Tengah-tengah gua asyik termenung, gua tergelak
sorang-sorang. Lantas gua switch on laptop gua dan buka Microsoft office word dan
gua buat cerita merapu ni. Hahaha. Gelak besar !