Untuk awak yang busuk . Part 2.


Intro : Untuk awak yang busuk . Part 2.
Terasa bahagia ku mencintaiMu :)

Lupa lirik. krik. Krik. Krik. 

Besok u call, i nyanyi lain kat u. 
Special. :) 

Terasa kurang idea bila nk puji awak .
hahaha. 

Awak,
Besok operasi jangan lupa makan. Kerja teruk-teruk pon, makan jangan lupa.
Tak sedap pon tak pa. Asal perut kena isi. Paksakan diri makan jugak. Okey ?
Nanti balik saya masak sedap-sedap untuk awak walau hakikatnya ini cuma janji palsu saya. Haha.
Masak la sangat kan. Tak kan saya nak masak kat semenanjung , lepas tuh pos dekat Sabah pulak.
Karang tak pasal hantar nasi jadi bubur . Tuh ok lagi, takut hantar ayam , sampai sana jadi ikan masin. 

Awak,
Habis kerja, kalau diorang suruh rest. Tidur. Tak payah nak lepak memancing sangat.
Karang saya pergi sana, lempang awak masuk dalam laut kot. Nak ? Tak nak kan ?
So, dengar cakap. Tidur terus. Kalau rasa tak boleh tidur, boleh ja call saya.
Karang saya nyanyi lagu febret awak tuh bagi tidur. *Lagu Cupcake . 

Awak, 
Mohon kat sana, malan-malam tak payah nak rasa seksi sangat ye. Dah tahu duduk tengah laut sejuk, 
pakai la seluar panjang, pakai sweater. Nie gedik, pakai jugak seluar pendek tunjuk bulu kaki kat orang.
Tu lah. Lempang karang haa. 

Awak,
Nak tidur tuh, selimut ya. Saya takut awak sakit . Jangan lupa baca doa tidur dan jangan lupa baca doa yang setiap malam awak bacakan untuk saya tuh yeh. Jangan nakal-nakal. Mimpikan saya tahu. 

Saya rindu awak sangat. Saya tak mampu nak luah dekat awak sebab tempat awak tak de line.
 Call me as soon as possible . Saya hampir mati lemas kerinduan .







destroy what destroy u !


Kau tahu bagaimana rasanya aku bila kau tinggalkan aku dulu ? 

Kau tahu bagaimana keadaannya aku bila kau khianati aku dulu ?

Kau tahu bagaimana sakitnya aku bila kau permainkan aku dulu ?

Tak, yang kau tahu aku terus menangis-menangis dan menangis meraih simpati dari orang yang aku sayang tapi kau lansung tak ambil peduli. Seolah-olah aku orang asing bagi kau.
Kau tahu setiap kali aku bukak mata, aku tak rasa untuk bangun. Biar aku terus berangan mimpikan kebahagiaan aku dengan kau, biar aku rasa penipuan yang menyenangkan ni. Tapi aku kena sedar sampai satu masa, aku akan terus bosan dengan mimpi-mimpi indah yang aku cipta ni. 

Aku mula gagah bukak kan mata tapi aku terus menangis. Menangis kerana aku tidak terlalu kuat dan mungkin aku terlalu rapuh. 

Sakit! Sakit yang amat sangat . Lagi sakit bila aku ingatkan balik janji-janji kau dulu.  



Bila aku cuba bangun, hati aku masih rapuh. Rapuh untuk cuba tersenyum walaupun hati masih menangis. 


Hari ini, bila aku berjaya untuk bangun. Aku mula memasang dendam untuk musnahkan orang-orang yang pernah musnahkan aku. 

Sakit serupa bodoh


Bila aku lihat dia bahagia .
Dari tenang menjadi resah. Mata tak lepas pandang. Hati mula gundah. Otak sudah ligat. Badan menggigil.

Aku berdiri untuk lihat dia jatuh . 
Jatuh sama seperti aku dan lebih teruk dari aku.
Aku tidak redha untuk lihat dia bahagia atas penderitaan aku.
Aku bukannya gila tapi mungkin sedikit tidak waras
bila lihat dia masih boleh tersenyum atas tumpahnya air mata aku. 
Kalau boleh memang aku mintak supaya dia mati . 

Jahilkah aku ? Dia lagi jahil.

Terkadang aku lupa yang hati masih rapuh.
Mintak yang bukan-bukan kerana sakit jiwa.

*kadang-kadang rasa nak teranjang dia hidup-hidup.

p/s : memang aku dah rasa tak hadap nak tengok muka dia dan adegan keramat kejadah tuh. Kalau boleh Tuhan ambil ja lah nyawa dia. 



Aku tidak diciptakan Tuhan untuk sempurna


" Aku tidak diciptakan Tuhan untuk sempurna . "
Setiap kali gua ditinggalkan jatuh terguling-guling, gua tertanya-tanya, Mengapa ? Sakit untuk gua pendam dalam hati . Tapi lagi sakit bila gua tahu kebenarannya .

Sakit itu adalah kifarah dosa yang Tuhan duga untuk gua. Dan gua bukan hamba yang tak redha dengan ujianNya tapi gua tak mampu. Andai sakit gua ini libatkan hayat hidup gua, gua redha tapi gua perlukan seseorang untuk berikan moral sokongan untuk gua teruskan hidup.

Tapi hari ini baru gua tahu , terkadang manusia tuh tak ikhlas. Terkadang manusia tuh pentingkan diri. Hari ini baru gua tahu gua ditinggalkan kerana gua seorang perempuan yang boleh memudaratkan . Maaf :'(
Kalau hari ini hang baru sedar terlalu kejam alasan hang tuh, gua dah tak boleh terima . Kalau hari ini hang cari gua balik atas alasan hang menyesal, gua sungguh-sungguh tak boleh terima.

Biarkan gua dengan manusia yang tak pernah anggap gua ini memudaratkan malah menjadikan gua ini wanita yang hebat dan wanita yang kuat. Hari ini gua tahu kenapa gua tidak diciptakan sempurna sebab Dia hadirkan seseorang untuk sempurnakan gua . Syukran Ya Allah :)

I was born not to be perfect but to be awesome :)

 

Setelah Hujan-Sakura Band


Lirik Lagu Setelah Hujan- Sakura Band

Dulu kau selalu mengatakan cinta
Akan setia hingga akhir dunia
Tapi itu semua
Hanya kata-kata manis belaka

Dan kini dirimu telah mendua
Mengingkari semua janji kau ucap
Menyakiti hatiku dan
Sungguh sungguh diriku terluka

Akhirilah semua
Kisah kau dan aku
Dunia takkan berakhir
Walau kini engkau tak di sisi
Ku yakini aku mampu
Walau harus hidup tanpamu

Ku percaya pasti ada cinta
Cinta lain menanti di sana
Bukanlah hanya dirimu
Yang mampu membuat aku rindu

Gua suka dengan ayat dia, dunia tak kan berakhir walau kini engkau tak di sisi. Go to the hell laa !
Gua bukan hidup atas kasih sayang hang, dan gua bukan bernyawa atas kurniaan hang. Walau dulu gua pernah cakap gua tak boleh hidup tanpa hang , tuh sebenarnya tipu muslihat gua ja. See! Gua boleh hidup dengan gembiranya tapi bukan lagi dengan hang tapi dengan Dia . Terima Kasih sebab tinggalkan gua sebab baru sekarang gua sedar hang bukannya lelaki yang baik untuk gua dan hang hanya seorang lelaki taguna taguna taguna . The End :)

# Salam Isyak semua ;)  

Bertunang macam tak bertunang .


Gua tertanya-tanya , apa kaitan kita bertunang dengan seseorang. Yang gua tahu , dia lebih kurang untu ikatkan seorang lelaki tuh dengan seorang perempuan . Kiranya macam already taken la . Yang gua tengah tengok sekarang, certain people tuh anggap tunang tuh macam benda tuh tak ade apa . Its just a words. Kalau bagi gua la, tunang tuh dah ibarat one step go through a wedding. 

Gua pelik , kelmarin kau baru bertunang. Tup tup hari ini gua nampak kau keluar dengan orang lain, berdua pulak tuh. Tunang kau ? Owh, tunang kau keluar dengan perempuan lain. Eh, habis tu apesal korang bertunang kelmarin ?? Pelik ni . 

There was some conservation related to this problem . 

" aku nak post cakap yang aku dah bertunang tapi tunang aku tak bagi . Dia cakap dia tak nak sakitkan hati perempuan tu. Sekarang dia tengah sakit. Nampak sangat tunang aku still nak jaga hati perempuan tu. Aku tunang dia kot. Habis hati aku sapa nak jaga? "

" Habis tuh yang engkau pergi buat keputusan terburu-buru pergi bertunang dengan laki tu buat apa ? Padahal engkau tahu dia still baik dengan perempuan tuh. Saja tempah maut . "

" Ini semua sebab family. Aku memang sayang dia tapi maybe dengan ada ikatan tunang ni aku boleh dapat balik perhatian dia. "

" So, sekarang ? Dapat balik ? "

" Entah, dia still nak jaga hati perempuan tu. Dia cakap bagi dia masa nak sayang aku balik macam dulu. "

" Kenapa dia setuju nak bertunang? "

" Mak dia nak dia bertunang dengan aku jugak . Mak dia tak nak perempuan lain. Maybe dia ikut cakap mak dia. Mak aku pun harap dapat menantukan dia . "

" Kau berharap tak dekat dia ? "

" Aku sayang dia . " 

" Jadi kau pun berharap jugak la dekat dia. Habis yang kau keluar dengan orang lain, kenapa ? Kau tunang orang , tahu tak ? "

" Kawan aku je la . Lagipun aku sakit hati dengan dia, aku keluar la dengan orang lain."

" ....... "

p/s : conservation kat atas cuma drama gua semata-mata. Tapi situasi macam ni memang wujud. Entah la, gua pun tak tahu nak cakap. Cakap lebih-lebih pun taguna taguna taguna. Bertunang atas dasar apa? Family planning?padahal dulu bercinta bagai nak rak, bila kena uji , goyah. Tak nak cari jalan keluar .

 Kalau gua jadi macam tu, gua pertahan hak gua. Walaupun gua tahu tunang gua ada perempuan lain, gua akan buat dia jatuh cinta balik dekat gua. Kau ada ikatan dengan dia, lagi senang kau nak ambil hati dia. Make him fall in love with you again. Kalau dulu dia jatuh cinta dekat kau sebab dengar kau menyanyi dengan suara yang merdu tuh, kau selalulah menyanyi dekat dia sebelum dia tidur tuh. Biar dia rasa macam ada orang dodoikan dia tidur. Conform tangkap leleh sampai mimpikan kau.

 Kalau dulu dia jatuh cinta sebab makan masakan kau padahal mak kau yang masak, kau planning la ajak dia pergi picnic tepi tasik. Then kau bawa bekal, suruh la mak kau masak sedap-sedap, bagi dia makan. Dia tak kan tahu lah mak kau yang masak kecuali kau pergi bagitahu. Nak lagi romantik, kau suap dia makan pakai kaki. Automatik, dia pergi clash terus dengan skandal dia. Nak-nak lagi, baru bertunang 2 hari, terus dia ajak kau kahwin. Haaaa, kau dapat tak? 
Yang penting, kau buat hati dia gembira. Rasa tenang bila dengan kau. Rasa selesa . Barulah bahagia . Ni tak! Kau ikut ja rentak dia. Dia dengan perempuan lain, kau dengan lelaki lain. 

Untuk awak yang busuk. Tak de idea .


Intro: Awak, jangan lupa baca. Untuk awak yang busuk . ;)
 
Tadi awak bising kan sebab apa saya tak tidur . saya cakap tengah baca blog, yang awak terlebih dengar marah-marah saya cakap dok merepek apa lah update blog tuh. Padahal saya tak update lagi. Nie hah ! Baru nak update . Nak kutuk awak. Ngek, ngek :)

Tadi memang saya tak de mood nak update sebab saya tak de idea lah. Otak saya kosong, asyik fikir asigment yang tertangguh. Then awak bagi idea . Cakap perempuan tuh call awak , mohon la jangan bagi idea macam tuh. Awak ni tak habis-habis nak bagi saya menyumpah perempuan tuh. Lagipun saya tak de mood nak cakap pasal perempuan taguna taguna taguna tu. Bukannya dia baca blog saya pun. Hampeh ja kalau saya karang panjang-panjang. Saya nak kirim surat layang kat dia, awak tak nak bagi. Tak nak saya cari gaduh dengan orang . Huh, macam la awak tak tahu 'isteri' awak ni gangster. Tak gaduh dengan orang , tak boleh duduk diam. Tahu tak ? 

Haaaa, yang awak tadi dah tidur , bangun semata-mata nak call saya buat apa . Tidur ja lah. Dah la call tak sampai satu minit, pastuh bagi idea merapu, pastuh cakap nak tidur balik . Nak kena lempang jugak awak ni dengan saya eh . sakit hati nah . Dah la saya tak boleh tidur , petang tadi saya dah tidur tak sedarkan diri sampai senja tahu tak ? Sekarang ni masalah dia siapa nak teman saya ? Awak? Herm, tidur air liur meleh kat pipi dah tuh . Malas la nak kacau . By hook or by crock , saya kena tidur jugak . Besok saya ada kelas. Awak macam biasa okeyh. Jangan lupa kejut saya bangun pagi esok. Good night :)