solat istikharah


Ya allah, hamba memohon agar tuhan memilih mana yang baik  menurut engkau ya allah !
Dan hamba memohon tuhan memberi kepastian dengan ketentuanMU dan hamba memohon dengan kemurahan Tuhan Yang Besar Agung.
Kerana sesungguhnya Tuhan yang berkuasa sedangkan hamba yang tidak tahu dan sesungguhnya tuhan amat mengetahui  segala
Sesuatu yang masih tersembunyi. Ya allah, jika tuhan mengetahui bahawa persoalan ini baik bagi hamba dalam agama hamba  dan penghidupan hamba
Dan baik pula akibatnya kepada hamba, maka berikanlah perkara ini kepada hamba dan mudahkanlah ia bagi hamba, kemudian berikanlah
Keberkatan bagi hamba didalamnya. Ya allah jika tuhan mengetahui bahawa hal ini sesungguhnya tidak baik bagi hamba, bagi agama hamba
Dan penghidupan hamba dan tidak baik akibatnya bagi hamba, maka jauhkanlah hal ini daripada hamba dan jauhkanlah hamba daripadanya.
Dan berilah kebaikkan dimana saja hamba berada, kemudian jadikanlah hamba orang yang rela atas anugerahMU. J
:: as a human, kita ta terlepas dari pilihan kan.. kalo salah memilih, diri sendiri jugak yg merana. Kadg2 tersalah memilih kerana hawa nafsu. Kdg2 tersalah memilih kerana kuasa pandangan mata, kdg2 tersalah memilih kerana terlalu yakin pada kata-kata hati.. lebih baik, kita serahkan hak untuk milih-memilih kepada yang lebih berhak.. kepada pencipta kita, kepada DIA yang suda mengatur perjalanan takdir kita.. hurm, berdoalah agar DIA buka hati kita, tunjukkan kita apa yang terbaik  untuk diri kita, agama kita, penghidupan kita dan akibat yg baik kepada kita.. mudah-mudahan, persoalan mcm nie ta kan celarukan kita, kan.. oke lah ! bila dah selesai, yakinlah pada DIA dan rela kan hati dgn ketentuanya.. mgkin pilihanNYA ta tepati apa kita nak, tapi cuba yakin, apa yg DIA beri, apa yg DIA tunjuk, ada hikmahnya.. mungkin  sekarang kita belum nmpak hikmahnya tapi insyaallah suatu hari nanti.. bergembiralah dgn apa yg kita peroleh dan bersyukur.. J

masker cik iesha






Sekian wasalam.. hahaha.
Malam niyh ceq mek iesha shukri wat masker muka guna pisang + minyak zaitun..
Semua nie dari amalan saya yang suka mmbaca majalah remaja.. terimas kasih! MAJALAH REMAJA THE BEST!!! (promot sat..hehehe)
Aq nie memg cam nieyh.. pantang Nampak petua bab-bab macam nie semua aq torai..
Huhu.. maybe sebab aq nie fanatic sgt bab-bab kecantikkan nieyh..huhu. sebab tuh Nampak awet muda selalu.. *chumil sokmo.. kuang3.. (*chumil la sangat.. perasan je lebey. )
Eh3~~ na taw ka wat mcm na..? sonang ja.. meh na hbaq..
First- hancurkan pisang tuh. Pastu, campur nan minyak zaitun ckit.. masker nie untuk lembapkan muka.. sapa2 yang muka kering tuh, bole la torai.. kot mujarab.. insyallah.. tpi kna wat selalu la nah. oke nah! Apa yg aq habaq nie, semua apa yg tertulis di majalah remaja nah.. kalo de mohong, makna kata aq pon mohong ampa jugak la nah.. hahahaha.. tapi takda makna majalah remaja tuh na mohong sebab bnyak feedback yg baguih2 dari fanz de.. kira betoi la tuh..
Tadi aq pon torai dah! Bukan setakat aq ja.. adik laki aq yg form4 tuh nan adik pompuan aq yg form1 tuh pun aq suh depa torai jugak.. siap tolong buh at depa ag.. hah! Aq nie nmpak ja garang tapi hati ini lembut, suci dan sungguh murni.. bak kata iklan VITAGEN ‘kebaikkan perlu di kongsi bersama..’
(kalo keburukkan terjadi pun di kongsi bersama.. wakakaka.. itulah point utama.. kalo muka aq jadi buruk, opcoz muka depa pon kena buruk jugak lah ! bijak tak saya..~)
Setelah 15minit menanti dengan penuh sabar, akhirnya hasilnya membuat WAJAH SAYA LEBIH BERSERI DARIPADA BIASA.. *blink ! *blink! *blink!
Conclusion is hypothesis is accepted! (masih saya engat eksperismen sains.. deret ayat tuh jew )


Tadi masker pisang.. ini tak tahu la apa nama masker nya tapi yg pasti bahan2 nya terdiri daripada beras yang di tumbuk halus bersama-sama lengkuas.. (macam resepi masakan pulak )
Tapi petua nie aq dapat dalam majalah wanita.. ta silap aq, aq pernah torai buat masa time tuh aq form4 kowt.. cter lama la nie.. *perkara paling bodo yg pernah aq buat.. sebab apa..? meh baca..
Once upon a time, memalam buta owg dok tido, aq dok mengetuk lesung batu nak hancurkan beras ngan *lengkuas tuh.. jiran sebelah umah aq mesty dok hingaq apa kejadahnya men masak2 tgah2 memalam buta gini.. tapi jiran aq tuh mesty engat puan emak punya keje lah tuh, ta kan *anak dara yg bernama iesha shukri  dok wat qajin pulak kan masuk dapur tgah2 mlm.. soheh berbakul de maki at puan emak aq ue.. dosa free je dapat! Lembu punya keje, kerbau dapat nama.. peribahasa oke.. bukan aq buat persamaan aq mcm lembu, puan emak mcm kerbau.. dak na! Sapa dok pikiaq mcm tuh, aq sepak la nie jugak! Bodo tada akai!
Oke na, continue~   after 5min, habislah sesi mengetuk lesung batu.. tibalah saat nya nak apply *masker tuh at muka. Dgan bangganya aq pun boh la at muka.. dalam otak dok nmpak dah satgi cantek la muka iesha shukri mcm maya Karin.. kembang kempis dah idong aq..
Tetiba puan emak nmpak.. puan emak Tanya la amenda tuh.. dgn berlagak terer + hebat dan segala bagai, aq pun bgtaw la puan emak..
“ceq tumbuk beras nan lengkuas.. baca lam majalah wanita hat mak beli tuh.. “
Lalalalala~ bersuka riang sambil mmbayangkan wajah yg cantek.. ta dan 2minit, aq menjerit + teriak ta sangga.. sebab muka aq pedih yg amat sgat.. mata aq merah menyala, ta tahan pedih sampai ta ley buka mata.. puan emak dan adik2 aq yg len terkejut la jugak, ta kan la suprise tgok muka jadi cantek sgt kot..
“hah! Awat pasal apa pulak” soal puan emak cemas.. kot anak dara de jadi sawan berbuih tgah2 malam nieyh..
“nie hah.. muka ceq pedih gila.. uwaaaa..uwaaaa “  <teriak :”( >
“hang buh apa tadi..” soal puan emal lagi..
“lah! Ceq buh beras dgn *lengkuas la..”  pantas aq pi amek bahan2 yg aq guna tadi.. tunjuk at puan emak..
Tetiba puan emak dan adik2 aq gelak smpy bergolek-golek atas lantai.. aq terkilan! Owg tgah sakit nie, bole ampa gelak.. tetiba adik pompuan aq bagitaw :
“hat tuh bukan lengkuas.. tuh halia..”
Perggggggggggggggggghh! Patut la gila pedih muka aq mcm nak terbaKar lagi. HALIA...??
Pengajaran : anak dara mestilah rajin masuk dapur.. kalo tidak beginilah jadinya.. halia dgn lengkuas pun ta taw beza.. failed! Ta ley kawen ag~ hahaha.. tpi itu form4..sekarang dah 19 tahun dah.. dah pandy dah *sikit.. kiqa boley la.. ta gitu.. ?? hehehe:P