solat istikharah


Ya allah, hamba memohon agar tuhan memilih mana yang baik  menurut engkau ya allah !
Dan hamba memohon tuhan memberi kepastian dengan ketentuanMU dan hamba memohon dengan kemurahan Tuhan Yang Besar Agung.
Kerana sesungguhnya Tuhan yang berkuasa sedangkan hamba yang tidak tahu dan sesungguhnya tuhan amat mengetahui  segala
Sesuatu yang masih tersembunyi. Ya allah, jika tuhan mengetahui bahawa persoalan ini baik bagi hamba dalam agama hamba  dan penghidupan hamba
Dan baik pula akibatnya kepada hamba, maka berikanlah perkara ini kepada hamba dan mudahkanlah ia bagi hamba, kemudian berikanlah
Keberkatan bagi hamba didalamnya. Ya allah jika tuhan mengetahui bahawa hal ini sesungguhnya tidak baik bagi hamba, bagi agama hamba
Dan penghidupan hamba dan tidak baik akibatnya bagi hamba, maka jauhkanlah hal ini daripada hamba dan jauhkanlah hamba daripadanya.
Dan berilah kebaikkan dimana saja hamba berada, kemudian jadikanlah hamba orang yang rela atas anugerahMU. J
:: as a human, kita ta terlepas dari pilihan kan.. kalo salah memilih, diri sendiri jugak yg merana. Kadg2 tersalah memilih kerana hawa nafsu. Kdg2 tersalah memilih kerana kuasa pandangan mata, kdg2 tersalah memilih kerana terlalu yakin pada kata-kata hati.. lebih baik, kita serahkan hak untuk milih-memilih kepada yang lebih berhak.. kepada pencipta kita, kepada DIA yang suda mengatur perjalanan takdir kita.. hurm, berdoalah agar DIA buka hati kita, tunjukkan kita apa yang terbaik  untuk diri kita, agama kita, penghidupan kita dan akibat yg baik kepada kita.. mudah-mudahan, persoalan mcm nie ta kan celarukan kita, kan.. oke lah ! bila dah selesai, yakinlah pada DIA dan rela kan hati dgn ketentuanya.. mgkin pilihanNYA ta tepati apa kita nak, tapi cuba yakin, apa yg DIA beri, apa yg DIA tunjuk, ada hikmahnya.. mungkin  sekarang kita belum nmpak hikmahnya tapi insyaallah suatu hari nanti.. bergembiralah dgn apa yg kita peroleh dan bersyukur.. J

No comments:

Post a Comment