Kau tahu bagaimana rasanya aku bila kau tinggalkan aku dulu ?
Kau tahu bagaimana keadaannya aku bila kau khianati aku dulu ?
Kau tahu bagaimana sakitnya aku bila kau permainkan aku dulu ?
Tak, yang kau tahu aku terus menangis-menangis dan menangis meraih simpati dari orang yang aku sayang tapi kau lansung tak ambil peduli. Seolah-olah aku orang asing bagi kau.
Kau tahu setiap kali aku bukak mata, aku tak rasa untuk bangun. Biar aku terus berangan mimpikan kebahagiaan aku dengan kau, biar aku rasa penipuan yang menyenangkan ni. Tapi aku kena sedar sampai satu masa, aku akan terus bosan dengan mimpi-mimpi indah yang aku cipta ni.
Aku mula gagah bukak kan mata tapi aku terus menangis. Menangis kerana aku tidak terlalu kuat dan mungkin aku terlalu rapuh.
Sakit! Sakit yang amat sangat . Lagi sakit bila aku ingatkan balik janji-janji kau dulu.
Bila aku cuba bangun, hati aku masih rapuh. Rapuh untuk cuba tersenyum walaupun hati masih menangis.
Hari ini, bila aku berjaya untuk bangun. Aku mula memasang dendam untuk musnahkan orang-orang yang pernah musnahkan aku.
No comments:
Post a Comment