Kerana sebiji bas stack



Dah menjadi kebiasaan gua, asyik nak mengutuk cara orang Malaysia
 bawa kereta , lori, bas,motor apa tu 
termasuk la mengutuk diri gua sendiri.
 Hari ini gua ada benda lagi nak cerita pasal jalan raya.

On the way gua nak balik kerja tadi gua sempat jugak la
 usha gelagat orang-orang  langkawi..
 bajet macam gua bukan orang langkawi ja. 
sampai satu jalan tu, jalan  agak jammed meh. 
Yela jalan dekat Langkawi bukan nya besar sangat pon.
 Kena sebijik bas stack kat situ, habis jammed sampai ke jeti..

 jadi disebabkan keadaan agak sesak moto gua pon gerak seciput-ciput ja lah.
 Gua dah la tak pandai nak control moto kalau slow-slow. 
So, gua ambil keputusan berhentikan moto gua belakang bas tuh ja dan buat bodo’s. 
Dari situ lah gua dapat tengok brader-brader, pakcik-pakcik 
turut serta atuk-atuk menunjukkan bakat diorang
 mencelah-celah antara bas tuh dengan transport-transport yang lain. 
ini gua rembat dari incik google saja. gua kan nak bagi nampak rare sikit.

Gua tengok saja buat muka kagum sambil cakap dalam hati “nak mati cepat la tuh” padahal bagi org lelaki benda tuh standard saja.. 
gua ja lebih-lebih macam benda tuh bahaya yg terlalu serius sgt.

Kisah pulak gua diorang nak mencelah ke, nak menerbang ke, nak meniarap ke,
 yang pasti gua cuma ambil tindakan yang selamat. 
Kalau bas tu gerak, gua follow gerak. Kalau bas tu tak nak gerak, gua camping terus dekat situ. Senang! 

Kan gua dah cakap gua bukan minah rempit tegar.
Lepas jalan dah tak berapa nak jammed, gua pon gerak macam biasa. 
Gua baru nak terhegeh-hegeh keluar simpang,
 bapak ada sebijik moto tu potong gua rapat gila. Bapak gua terkejut sambil gua maki-maki. Apa lagi ? gua terus tengok nombor plat moto dia. 
Gaya-gaya gua nak bawak geng gua belasah dia nanti padahal gua geng apa pun tak ada. Cakap ja over. Sekali gua tengok, moto bapak menakan gua.
 Memang bapak betul la.. hehehe. :D
 Sori bapak menakan , gua kutuk-kutuk manja ja tadi.

No comments:

Post a Comment