
Malam ni gua dapat mesej-mesej yang khabarnya
minyak ron
95 akan di naikkan pukul 12 malam ni.
Nak percaya ke tidak, belakang kira.
Yang
gua tahu bab naik-menaik harga ni memang jarang-jarang BN mungkiri.
Gua bukan
politik okey ! gua still student, umur gua pon tak cukup nak mengundi lagi.
Start tahun depan dah boleh dah la..
tapi agak-agak la benda macam ini tak kan
gua tak reti nak berfikir.
Gua dah decide nak beli basikal lepas ni.
Nanti gua
pergi keja naik basikal sudah la ya.
Tak payah gua susah nak pergi isi minyak tu lagi.
Dan setiap kali isu minyak naik, gua pon tak payah susah-susah
nak kutuk diorang lagi.
![]() |
| baru gempak sikit kalau gua naik ni . |
Bapak gua cerita anak menakan membe dia kerja dekat Bank
Negara sekarang semua bercelaru otak. Duit Negara tak cukup, hutang bertimbun-timbun.
Setiap kali duit masuk, lepas tu habis macam tu ja bagi dekat orang ‘kerajaan’
diorang buat apa, gua pun tak tahu lah. Maybe diorang sibuk bersedekah agaknya.
Okey-okey! Tak baik gua nak berburuk sangka. Kan ? (‘_”)
Jadi, bila kewangan Negara dah problem, diorang terpaksa
la buat macam ni.
Naikkan minyak dan bagai-bagai.
Kalau dulu bendera parti kau
dapat free jaa siap boleh buat roket,
buat baju dekat anak patung kau dan
bagai-bagai
tapi selepas mengundi bendera Malaysia pon kau kena beli ya.
Kalau kau
nak cakap, bila bendera kena beli baru rasa macam rare kau hargai kemerdekaan.
Okey!
Sama la seperti kau anggap, kau ada duit, kau boleh beli bendera, baru kau hargai kemerdekaan. Jadi, kau tak ada duit, tak boleh beli bendera, kau tak reti nak hargai kemerdekaan. Kau memang bengap !
p/s: kau ada mata, kau tengok! Kau ada telinga , kau
dengar ! kau ada otak, kau fikir! Kau jangan pandai saja, kau jangan berjawatan
tinggi saja kalau benda macam ini pon kau tak dapat fikir. Aku minta maaf kalau
statement gua agak-agak boleh dibuang kerakyatan. Gua rakyat Malaysia, gua ada
hak bebas bersuara. Dan gua nak jadi rakyat Malaysia yang dipimpin oleh
pemimpin yang membawa ke jalan yang lurus bukan jalan yang bengkang-bengkok
macam highway karak. Kalau isteri kau pon kau tak dapat nak pimpin ikut cara
agama islam, macam mana kau nak pimpim rakyat-rakyat kau yang lain.
Terima kasih J

No comments:
Post a Comment