perempuan psycho macam engkau

Nah ! That's was some my conservation with myself. I'm try to tell her but someone was avoid me. He just know to say "SABAR" sayang.
Engkao tahu gua tengah banggang nie . 


Gua dah habis kepik-kepik segala gengster, marah, mencarut yang ada dalam diri gua ni tapi ini dah habis LIMIT okeyh. Engkao kena paham, gua jugak perempuan macam engkao . Memang la gua perempuan macho tapi hati gua tak macho, beb !Sabar gua boleh sekat ni ja. Dah tak boleh kamcing-kamcing lg dah. Engkao tahu gua sakit hati neh. Tak tahu gua nak cakap macam mana . Kemarahan gua ibarat walaupun ada sebuah kipas tengah pusing-pusing atas kepala gua dan sebuah kipas lagi tengah pusing-pusing kat hujung kaki gua tapi gua tak merasa kesejukkan yang kipas tuh hembus kat gua. Maybe kipas tuh rosak ke tak berfungsi ke apa ke ? Kejadah gua tak nak tahu .Yang gua tahu gua rasa muka gua dah naik membahang, telinga gua dah panas-panas suam. Engkao tahu kenapa ? Sebab engkao buat gua jadi perempuan psycho. Engkao tahu perempuan psycho macam mana ? Meh sini gua tunjuk bagi engkao kasi jelas sikit. 
Engkau tahu muka gua maybe elok sikit dari pompuan kat ats ni. 
 Engkao tahu , masa petang gua yang sepatutnya gua habiskan dengan tidor , dah membazir macam tu ja. Semua gara-gara kau, perempuan . Engkao tahu sepetang gua hari ni tak habis-habis gua buat dosa mencarut bagai dekat engkao. Engkau tahu ? Engkau tak kan tahu sayang sebab engkao sibok asyik mengedik tak tentu pasal kacau hak orang. Engkau tahu dia hak orang tak ? Engkau tahu kan ? Habis tuh engkao dah tak paham bahasa melayu ke atau engkao memang tak ada otak nak paham ?  Engkao jangan sampai gua mencarut sekali lagi kat sini. Jejas imej gua yang sopan-santun ni. 
# Gua jugak perempuan macam engkau. Tak kan gua nak gaduh tarik rambut bagai dengan kaum gua sendiri. Malu weh ! Tapi engkao kena paham , he's already mine. Hak orang kot yang engkao kacau-kacau ni. Dulu dia jaga engkao elok-elok, engkao marah dia. Dulu dia sayang engkao bagai, kau tak peduli dia. Engkau juga suruh dia cari orang lain. Engkau juga buka peluang untuk gua dengan dia. Bila engkao tengok dia bahagia dengan gua, kau terhegeh-hegeh datang cari dia balik. Hotak engkau lah! 
 " Go cry on your own shoulder. Can't you see that he's mine "
Yang dulu, dulu lah . Engkao boleh tak jangan jadi perempuan psycho , hari-hari hantar mesej, call kejut sembahyang subuh lah apa lah padahal engkau tahu dia hak orang kot. Eh, yang engkao nak sibok kejut buat apa ? Gua boleh buat sendiri lah. Lebih baik engkau pergi kejut bapak engkau bangun lah!  Engkao pernah makan penampar ? Engkau pernah rasa penyepak ? maybe sebab engkau tak pernah, thats why engkau mintak, kan ? 
Ahhh! Dah hilang semua sopan santun gua gara-gara engkau, tahu tak ? Bullshit. 
Gua cuma minta engkau paham hati gua. Kita sesama perempuan, tak kan engkau tak tahu apa perasaan gua bila engkau buat macam ni. Tak kan engkau nak gua merayu-merayu, melutut dengan engkau dulu, baru engkau nak paham. Tuh bukan jenis gua la. Buat apa gua pulok nak merayu. Sepatutnya engkau datang sujud dekat kaki gua, minta maaf dengan gua. Walaupun gua sedar buat macam tuh over terlebih pulok. kahkahkah. Apa-apa pun gua nak cakap, gua pernah menembak pakai m-16. Terer ka tidak, belakang kira. Yang pasti kalau gua tembak sekali dekat kepala engkau, otak engkau memang conform akan berkecai. Salam sayang terakhir dari gua with love <3

Mimpi



That's what i sing for you tonite but I don't know that u heard that or not ? It's sincerely from my heart . 
Penghargaan untuk sayang sebab letih kerja . so, saya nyanyi dengan suara yang paling merdu untuk dodoikan awak tidor dengan nyenyak. Saya tak pastilah awak nyenyak atau terganggu dengan suara merdu saya ni. hahahaha. tapi sayang, merdu atau tidak , ia ikhlas dari saya untuk awak taw. cewaaaah! sweet tak? 

Dalam lelapku ini 
Terbayang wajah seakan puteri (putera)
Dalam lelapku ini 
Munculnya dia bagai bidadari (bidadara)

Dalam renungku ini 
Sepenuhnya ku ingin mendekati 
Dalam hatiku ini 
Sepenuhnya ku ingin memiliki

Dan bila
Cuba bangun dari lelapku 
Dan bila 
Ku cuba buka kan mataku

Dan hilang 
Segala rupa yang telah ku bayang 
Dan hilang 
Segala rasa yang telah ku rasa 
Dan hilang 
Segala semua harapanku 
Dan hilang 
Cerita indah dalam tidurku. 

 * Disebabkan awak lelaki, saya letak perkataan UNGU tuh, perkataan yang lebih sesuai untuk awak. tak kan saya nak describe awak sebagai puteri pulak. iye dak ?


Sayang, thats what i feeling bila setiap kali saya mimpikan awa bila saya sedar saya cuma bermimpi. Awak hilang dari cerita indah saya . i hope one days, its not just a dream but it will be a reality. inshaallah :)

5 fingers for a reason :)





there's nothing i want to say . just a picture for tonite :)

Amarah !

" Semakin jauh aku daripada hang , semakin dekat hang tehegeh-hegeh
merangkak dekat aku. kalau aku terajang jangan tanya pasal apa ? "

bila gua dah cakap, gua benci hang. hang tolong lah paham yang gua sebenar-benarnya benci.
gua bukan cakap bahasa omputeh macam selalu gua dok cakap tuh, gua cakap bahasa melayu.
tak kan tak paham lagi ?

memang tak kan paham sebab gua tak pernah cakap kat hang yang gua benci hang.
tapi mohon la pikiaq, apa hang buat dekat gua. tak kan gua tak benci. nak kata stupid, marah.
kalau tak kata, tak paham pulak. malas ah gua nak cakap apa.

Yang pasti, hang tak payah sibuk macam ambil tahu pasal gua. tak payah tanya gua dah bertunang ke apa ke? tak payah! enough! gua benci dengar suara hang sembang dengan gua. tak payah paksa suruh gua tengok muka hang kalau hang nak bercakap dengan gua sekalipon, kalau tak lebam bijik mata hang.
\mohon tak payah tegur, tengok, senyum atau apa-apa sekali pun dengan gua. !! gua tak cukup kekuatan untuk kawal diri gua daripada bagi hang merasa sepakan gua. jadi ? harap hang paham . 
yang hang wajib tahu satu perkara ja, 

" gua yang dulu, bukan lah gua yang sekarang "
Dan 
" gua bahagia sekarang "

terima kasih ;)

Thank u my dear.

Untuk apa gua move on kali ni kalau tak dak tangan yang hulurkan bantuan.
terima kasih sayang <3
Sejujurnya , ini adalah kali petama gua jumpa seorang lelaki yang berjihad untuk gua.
itu lah orang kata, kadang-kadang manusia tuh boleh berubah kerana CINTA.
mungkin dulu dia tak sebaik orang lain tapi bila dia berubah, dia mungkin lebih baik pada yang lain.
kali ni mungkin gua rasa gua tak silap pilih orang.inshaallah.
this is the best choice that Allah give to me . 
Biar semua orang cakap dia buaya, dia crocodile, dia singa, dia garang 
tapi tu masa lampau dia. 
Sekarang dia seorang lelaki yang tak pernah lupa dan yang selalu ingatkan gua untuk 
dekatkan diri pada Tuhan.  Jadi gua juga mula untuk berubah. 
Berubah untuk dapatkan keredhaan Allah. 
sebab gua tahu bila Allah tak redha atas sesuatu hubungan, DIA akan pisahkan.
Gua tak nak berpisah dengan orang yg gua sayang sangat. 
jadi gua kena dekatkan diri dengan DIA dengan harapan Allah akan dekatkan jugak
hati kita berdua..

p/s : semoga Abah bagi kita bernikah cepat . hahahaha.
saya dah tak sabar nak berkhidmat sebagai seorang isteri kat awak . 

Tak haram kan peluk bantal ?


" This is a Long Distance Relationship"

semakin jauh semakin gua tah tahwan. semakin lama semakin gua ketahuan.

saya tengah cakap dgn awak la time saya tulis ni.
awak cakap tak payah nak merapu sangat tulis macam-macam kat blog tuh.
hok aloh, suka hati saya laah. belasah karang haaaa !!!!
merapu pon nanti-nanti mesti awak baca jugak . hahaha.

Sayang, kita bukan perancang yang terbaik seperti Allah.
walaupun kita merancang Allah yang tentukan segalanya.
Kuasa dia terlalu besar untuk kita hitung dan memang tak kan terhitung.
kerana saya tahu kuasa Dia tak terhitung, saya selalu minta agar Dia berikan awak untuk saya.
saya juga minta semoga Dia kekalkan hubungan kita untuk selamanya.
dan terima kasih sayang, kerana saya tahu awak pon sayangkan saya,,
setiap malam awak bacakan doa supaya kita ada jodoh. 
inshaallah sayang :)

Sayang, kerana takut saya tergelincir dalam hukum haram.
maka, bila saya rindu awak, saya akan peluk bantal saya dan bayangkan tu adalah awak. hahaha.
peluk bantal tak haram kan ? heeee :D


Dendam seorang perempuan

.Perempuan, bahaya jugak kalau terlalu sayang dekat seseorang lelaki tuh.
Kadang-kadang dia boleh jadik pendendam yang setia bila kau khianat dia. 
maksud gua, seumur hidup dia akan setia  berdendam dengan kau sampai akhir hayat dia, kot.
insha allah. bhabha. : D amenda insha allah pulak gua ni !

contoh terdekat , cari perempuan yang lahir bulan November.
boleh dikatakan org yg lahir bulan November agak pendendam tapi tak semua la. 
gua tak ! gua lahir bulan 11. eh ?
Gua termasuk dalam senarai lah pulak. hahaha. 
yes , gua ngaku . kadang2 gua boleh jadi pendedam .
pendedam kepada orang2 yang telah mengkhianati gua.
kalau di ikutkan sampai sekarang dendam gua tak mati-mati. masih dok lip lap menyala .
tambah-tambah lagi bila orang tuh ada depan mata gua, terang bederang terselah kedendaman tuh.
dia mungkin ta nampak, sebab gua tak tunjuk. tapi kalau dia x-ray hati gua, nauzibillah.
dendam tuh kuat . 

p/s : aku minta maaf sebab aku tak pernah mendoakan kebahagiaan hang dengan orang lain
sebab derita yang hang bagi aku rasa terlalu pahit sampai deria aku hilang.
aku cuma selalu doakan hang akan jatuh tersungkur , rebah dan susah nak bangun balik macam mana
yang pernah aku rasa. kalau hang cakap aku kejam, mohon tepuk dada dulu. tanya pada diri hang, 
apa yg hang buat pada aku tak cukup kejam ka? lagi kejam..
suatu hari nanti, kalau doa aku untuk hang ni termakbul, bagitahu aku.
aku akan hulurkan tangan tapi bukan untuk tolong hang bangun tapi untuk ucap tahniah atas karma 
yang hang buat .