sendiri : sakit atau bahagia?


"  hidup tak senantiasa memerlukan tangan seseorang yang lain
untuk memimpin kita berjalan atas dunia ini.
hidup tak akan selamanya ditemani oleh seseorang..
sejauh mana sayang kita pada seseorang lambat laun dia kan pergi tinggalkan kita,
cuma lambat atau cepat yang belum pasti..  "

hakikat ini aku sendiri dah pernah rasa. melalui pengalaman...
memang hidup sorang2 nie agak perit! we don have nobody to help us~ we are alone..
tapi pengalaman juga yg mengajar aku hidup jgn terlalu brgantung pada orang lain
sebab suatu hari nanti, kita akn mengalami situasi dimana kita perlu menghadapi sesuatu keadaan
dengan sendiri dan seorang diri tanpa bantuan atau talian nyawa dari orang lain..
pernah rasa dan baru sahaja merasa.. :)

bila dah selalu sangat hidup nie mengharapakan orang lain, hidup aku selesa.
tak ada benda yang susah dan rumit. buat aku jadi manja..
hurrrrmm.. nak dijadikan cerita 1hari yang lepas, terpaksa hidup berdikari..
berdikari pergi sendiri cari hospital.
mana taknya, selalu orang yang hantar pergi. sekarang, masing-masing sibuk.. 
tak kan nak menyusahkan pulak.
nak tak nak, i decide to go there alone.. 
haaaa, apa lagi. boleh masuk berita ORANG LANGKAWI SESAT DI ALOR STAR..
perggghhh~ meleleh juga air mata masa bawa moto tu. meraung! tak jumpa hospital..
kalau ada teman ta pa jugak. ini sesat sorang-sorang.. udah la diri nie perempuan..
   
dengan bantuan gerak hati dan bantuan SIGNBOARD  akhirnya sampai juga..
itupun dah setengah jam baru sampai..
hahahaha.. agak teruk jugak la aku nie.. :D

Dah sampai sana, biasalah orang macam dekat pasar borong, ramai.. 
menunggu la aku sorang2 kat situ sebelum dapat masuk jumpa pakar..
ini kalau aku mengandung, kena tunggu sorang2, suami tak teman, menangis air mata darah juga nieyh.   
hahahahaha.. :)
nasib baik belum kahwin.. tak lah rasa touching sangat menunggu sorang-sorang..

dari situlah, dalam asyik dok ralet usha gelagat orang, aku terfikirkan diri aku.
mulai saat nie dan hari ini aku dah mampu berdikari.. 
walaupun nanti aku keseorangan, tapi aku dah boleh hadapinya.. 
kesakitan tu akan kurang rasanya.. 
aku mampu hidup tanpa perlu bersandar pada orang lain.
tapi aku tak kan mampu hidup jika tak bersandar pada pencipta aku, YANG MAHA BERKUASA.
DIA juga yang kuatkan hati aku bila aku keseorangan macam nie.   






hati wanita sukar diduga


wahai kaum adam, please listen here!

"wanita memang kadang2 agak manja, memg cepat tersentuh, memg senang bersedih 
BUKAN 
sengaja nak mengada2 nak buat mcm tuh
TAPI
memg lumrah tuhan jadikan hati wanita itu lemah dan lembut..."

kalau dah rasa fedup, rasa itu macam mengada-ngada KENAPA 
dari mula dulu bagi harapan. KENAPA berjanji nak jaga hati ni?

wahai kaum adam :
jangan biarkan wanita yg berada di sisi kamu bersedih dan menangis.
dan jika masih dibiarkan jua, terhenti air matanya setelah letih seolah-olah hatinya juga kering,
telah tawar dan pudar cintanya..

jgn biarkan wanita yg berada di sisi kamu dibiarkan rajuknya brpanjangan
hngga tiada usaha untuk mengembirakan hatinya..
kerana pasti ada seseorang yang cuba membuatnya tersenyum dan gembira.

jgn biarkan wanita disisimu merasa sunyi dan terabai kerana akan 
ada bisikan yang menggodanya untuk mencari keserasian.

dan jika dibiarkan kesedihannya berterusan, dia akan bertindak diluar kawalan.
BIMBINGLAH DIA DAN TENANGKANLAH HATINYA <3

:: memang wanita tuh ta hebat sangat sampai kena terhegeh-hegeh nak pujuk.
tapi tak kan tak da sekelumit rasa nak memahami wanita tuh~ 
kalau rasa tak suka, lepaskan dengan cara yang baik..
tak yah seksa hati masing-masing.. 

jangan la jadi pendengki haram


menaip aku disini na my habaiq bagi rasa ketidak puas hatiaan aku terhadap 
seorang manusia..!!
sebelum aku memulakan mukhadimah beh bek aku bagitaw dulu falsabai mama aku :

"kalo kita tak mao kat seseorang tuh, haruslah kita menolaknya secara baik tanpa cemuhan, makian, dan segala bagai yang menyerupai marah.. bukan apa. takut nanti org tersebut berdendam dgan kita.. sebab itulah adanya santau-menyantau,minyak pengasih dan sewaktu denganya. sebab berdendam.."
setuju tak..?
yes! disebabkan kelebihan yang tuhan anugerhkan ini kepada aku sebagai seorang wanita, masalah ini telah timbul dalam persepsi hidup aku.. malahan orang tersebut pula orang yang begitu rapat dengan diri aku.
aku mengenali dia dan keluarganya.. 
fuhhh! macam na karang report.. sudah lah!!
yang pasti : ini bukan berdendam tapi pendengki haram!!!

sudah-sudahlah, aku juga manusia. memg banyak salah aku sampai ta terhitung dek jari tapi
janganlah semua benda nak hentam atas kepala aku sampai salah unnx sendiri pun aku jugak
yang kena tanggung.. haiyaaa~ kepala aku bukan dicipta untuk menampung beban-beban kesalahan unx.
sama-sama la muhasabah diri :)

diam tak bererti salah

kadang- kadang dengan diam memang selalu akn buat org rasa saket hati dengan kita.
man taknya, apa pon ta nak cakap, mcm mana org nak tahu..
nak buat macam mana itu memg kelemahan,  kadang2 kata tak terucap bila dihentam dengan tomahan yang menghiris kalbu. 
diam tuh selalunya lebih baik daripada berkata-kata.
ye lah, daripada bercakap tapi sejauh mana ruang yang diberi untuk aku pertahankan tentang soal kepentinganku. sikit pun tidak!
terasa diri amat hina dan kalah bila diri di tuju dengan kata-kata yang tiada erti seolah2 aku yang bersalah..
tolong ingat! manusia itu tidak sempurna, masing2 punya kelemahan diri..
jangan kita terus untuk salahkan org lain dan menutup kekurangan diri dan menidakkan kebenaran demi menyembunyikan kelemahan .. itu manusia ego!! 
 aku juga akui hanyalah manusia yang lemah. terkadang bnyak salah yg dalam.
janganlah terus menyakiti. biarlah aku dengan jalanku, kamu dgan caramu.
mungkin kita berbeza namun kita juga ada persamaan.. kita hamba allah yg lemah ~
p/s : petang-petang macam nie nak tido pon ta da mood, panas! aduyai~ ini belum duk di afrika, law tak seurat benang pon ta lekat dekat di badan.. gagagaga :D
(tetiba mood nak menulis blog dtg balik)

bicara manis menghiris kalbu

Satu per satu teman
Ada disekeliling mu
Satu per satulah jua
Tinggalkan diri mu
Cumalah aku sahaja
Yang masih lagi bertahan
Memendam rasa
Bulan madu yang indah
Sudah sampai kehujungnya
Engkau pun mula berubah
Dan beralih arah
Kata-kata manis
Tiada lagi ku dengar
Hidup ku pula makin tawar
Tiap bicara manis
Bagaikan selumbar bisa
Kau tanam di jiwa
Tak terlihat oleh pandangan
Mata mu
Tiap bicara manis
Memujuk dan merayu ku
Tak usah berlalu
Dan merajuk bawa hati pilu
Andai sudah tiba masa
Dan tiada jodoh kita
Biar kita berpisah... dari merana

p/s : sejak-sejak jadi kaki karoke nie, asyik na melayan lagu jaa.. sejak nan senja tadi lagi asyik dok dengar lagu nie.. tetiba malam nie pulak, lagu nie menusuk kalbu + hati la pula.. terasa -_-'
aku keseorangan kah?? tertanya-tanya.. . :'(

solat istikharah


Ya allah, hamba memohon agar tuhan memilih mana yang baik  menurut engkau ya allah !
Dan hamba memohon tuhan memberi kepastian dengan ketentuanMU dan hamba memohon dengan kemurahan Tuhan Yang Besar Agung.
Kerana sesungguhnya Tuhan yang berkuasa sedangkan hamba yang tidak tahu dan sesungguhnya tuhan amat mengetahui  segala
Sesuatu yang masih tersembunyi. Ya allah, jika tuhan mengetahui bahawa persoalan ini baik bagi hamba dalam agama hamba  dan penghidupan hamba
Dan baik pula akibatnya kepada hamba, maka berikanlah perkara ini kepada hamba dan mudahkanlah ia bagi hamba, kemudian berikanlah
Keberkatan bagi hamba didalamnya. Ya allah jika tuhan mengetahui bahawa hal ini sesungguhnya tidak baik bagi hamba, bagi agama hamba
Dan penghidupan hamba dan tidak baik akibatnya bagi hamba, maka jauhkanlah hal ini daripada hamba dan jauhkanlah hamba daripadanya.
Dan berilah kebaikkan dimana saja hamba berada, kemudian jadikanlah hamba orang yang rela atas anugerahMU. J
:: as a human, kita ta terlepas dari pilihan kan.. kalo salah memilih, diri sendiri jugak yg merana. Kadg2 tersalah memilih kerana hawa nafsu. Kdg2 tersalah memilih kerana kuasa pandangan mata, kdg2 tersalah memilih kerana terlalu yakin pada kata-kata hati.. lebih baik, kita serahkan hak untuk milih-memilih kepada yang lebih berhak.. kepada pencipta kita, kepada DIA yang suda mengatur perjalanan takdir kita.. hurm, berdoalah agar DIA buka hati kita, tunjukkan kita apa yang terbaik  untuk diri kita, agama kita, penghidupan kita dan akibat yg baik kepada kita.. mudah-mudahan, persoalan mcm nie ta kan celarukan kita, kan.. oke lah ! bila dah selesai, yakinlah pada DIA dan rela kan hati dgn ketentuanya.. mgkin pilihanNYA ta tepati apa kita nak, tapi cuba yakin, apa yg DIA beri, apa yg DIA tunjuk, ada hikmahnya.. mungkin  sekarang kita belum nmpak hikmahnya tapi insyaallah suatu hari nanti.. bergembiralah dgn apa yg kita peroleh dan bersyukur.. J

masker cik iesha






Sekian wasalam.. hahaha.
Malam niyh ceq mek iesha shukri wat masker muka guna pisang + minyak zaitun..
Semua nie dari amalan saya yang suka mmbaca majalah remaja.. terimas kasih! MAJALAH REMAJA THE BEST!!! (promot sat..hehehe)
Aq nie memg cam nieyh.. pantang Nampak petua bab-bab macam nie semua aq torai..
Huhu.. maybe sebab aq nie fanatic sgt bab-bab kecantikkan nieyh..huhu. sebab tuh Nampak awet muda selalu.. *chumil sokmo.. kuang3.. (*chumil la sangat.. perasan je lebey. )
Eh3~~ na taw ka wat mcm na..? sonang ja.. meh na hbaq..
First- hancurkan pisang tuh. Pastu, campur nan minyak zaitun ckit.. masker nie untuk lembapkan muka.. sapa2 yang muka kering tuh, bole la torai.. kot mujarab.. insyallah.. tpi kna wat selalu la nah. oke nah! Apa yg aq habaq nie, semua apa yg tertulis di majalah remaja nah.. kalo de mohong, makna kata aq pon mohong ampa jugak la nah.. hahahaha.. tapi takda makna majalah remaja tuh na mohong sebab bnyak feedback yg baguih2 dari fanz de.. kira betoi la tuh..
Tadi aq pon torai dah! Bukan setakat aq ja.. adik laki aq yg form4 tuh nan adik pompuan aq yg form1 tuh pun aq suh depa torai jugak.. siap tolong buh at depa ag.. hah! Aq nie nmpak ja garang tapi hati ini lembut, suci dan sungguh murni.. bak kata iklan VITAGEN ‘kebaikkan perlu di kongsi bersama..’
(kalo keburukkan terjadi pun di kongsi bersama.. wakakaka.. itulah point utama.. kalo muka aq jadi buruk, opcoz muka depa pon kena buruk jugak lah ! bijak tak saya..~)
Setelah 15minit menanti dengan penuh sabar, akhirnya hasilnya membuat WAJAH SAYA LEBIH BERSERI DARIPADA BIASA.. *blink ! *blink! *blink!
Conclusion is hypothesis is accepted! (masih saya engat eksperismen sains.. deret ayat tuh jew )


Tadi masker pisang.. ini tak tahu la apa nama masker nya tapi yg pasti bahan2 nya terdiri daripada beras yang di tumbuk halus bersama-sama lengkuas.. (macam resepi masakan pulak )
Tapi petua nie aq dapat dalam majalah wanita.. ta silap aq, aq pernah torai buat masa time tuh aq form4 kowt.. cter lama la nie.. *perkara paling bodo yg pernah aq buat.. sebab apa..? meh baca..
Once upon a time, memalam buta owg dok tido, aq dok mengetuk lesung batu nak hancurkan beras ngan *lengkuas tuh.. jiran sebelah umah aq mesty dok hingaq apa kejadahnya men masak2 tgah2 memalam buta gini.. tapi jiran aq tuh mesty engat puan emak punya keje lah tuh, ta kan *anak dara yg bernama iesha shukri  dok wat qajin pulak kan masuk dapur tgah2 mlm.. soheh berbakul de maki at puan emak aq ue.. dosa free je dapat! Lembu punya keje, kerbau dapat nama.. peribahasa oke.. bukan aq buat persamaan aq mcm lembu, puan emak mcm kerbau.. dak na! Sapa dok pikiaq mcm tuh, aq sepak la nie jugak! Bodo tada akai!
Oke na, continue~   after 5min, habislah sesi mengetuk lesung batu.. tibalah saat nya nak apply *masker tuh at muka. Dgan bangganya aq pun boh la at muka.. dalam otak dok nmpak dah satgi cantek la muka iesha shukri mcm maya Karin.. kembang kempis dah idong aq..
Tetiba puan emak nmpak.. puan emak Tanya la amenda tuh.. dgn berlagak terer + hebat dan segala bagai, aq pun bgtaw la puan emak..
“ceq tumbuk beras nan lengkuas.. baca lam majalah wanita hat mak beli tuh.. “
Lalalalala~ bersuka riang sambil mmbayangkan wajah yg cantek.. ta dan 2minit, aq menjerit + teriak ta sangga.. sebab muka aq pedih yg amat sgat.. mata aq merah menyala, ta tahan pedih sampai ta ley buka mata.. puan emak dan adik2 aq yg len terkejut la jugak, ta kan la suprise tgok muka jadi cantek sgt kot..
“hah! Awat pasal apa pulak” soal puan emak cemas.. kot anak dara de jadi sawan berbuih tgah2 malam nieyh..
“nie hah.. muka ceq pedih gila.. uwaaaa..uwaaaa “  <teriak :”( >
“hang buh apa tadi..” soal puan emal lagi..
“lah! Ceq buh beras dgn *lengkuas la..”  pantas aq pi amek bahan2 yg aq guna tadi.. tunjuk at puan emak..
Tetiba puan emak dan adik2 aq gelak smpy bergolek-golek atas lantai.. aq terkilan! Owg tgah sakit nie, bole ampa gelak.. tetiba adik pompuan aq bagitaw :
“hat tuh bukan lengkuas.. tuh halia..”
Perggggggggggggggggghh! Patut la gila pedih muka aq mcm nak terbaKar lagi. HALIA...??
Pengajaran : anak dara mestilah rajin masuk dapur.. kalo tidak beginilah jadinya.. halia dgn lengkuas pun ta taw beza.. failed! Ta ley kawen ag~ hahaha.. tpi itu form4..sekarang dah 19 tahun dah.. dah pandy dah *sikit.. kiqa boley la.. ta gitu.. ?? hehehe:P