
Ya
allah, hamba memohon agar tuhan memilih mana yang baik menurut engkau ya allah !
Dan
hamba memohon tuhan memberi kepastian dengan ketentuanMU dan hamba memohon
dengan kemurahan Tuhan Yang Besar Agung.
Kerana
sesungguhnya Tuhan yang berkuasa sedangkan hamba yang tidak tahu dan
sesungguhnya tuhan amat mengetahui
segala
Sesuatu
yang masih tersembunyi. Ya allah, jika tuhan mengetahui bahawa persoalan ini
baik bagi hamba dalam agama hamba dan
penghidupan hamba
Dan
baik pula akibatnya kepada hamba, maka berikanlah perkara ini kepada hamba dan
mudahkanlah ia bagi hamba, kemudian berikanlah
Keberkatan
bagi hamba didalamnya. Ya allah jika tuhan mengetahui bahawa hal ini
sesungguhnya tidak baik bagi hamba, bagi agama hamba
Dan
penghidupan hamba dan tidak baik akibatnya bagi hamba, maka jauhkanlah hal ini
daripada hamba dan jauhkanlah hamba daripadanya.
Dan
berilah kebaikkan dimana saja hamba berada, kemudian jadikanlah hamba orang
yang rela atas anugerahMU. J
::
as a human, kita ta terlepas dari pilihan kan.. kalo salah memilih, diri
sendiri jugak yg merana. Kadg2 tersalah memilih kerana hawa nafsu. Kdg2
tersalah memilih kerana kuasa pandangan mata, kdg2 tersalah memilih kerana
terlalu yakin pada kata-kata hati.. lebih baik, kita serahkan hak untuk
milih-memilih kepada yang lebih berhak.. kepada pencipta kita, kepada DIA yang
suda mengatur perjalanan takdir kita.. hurm, berdoalah agar DIA buka hati kita,
tunjukkan kita apa yang terbaik untuk diri
kita, agama kita, penghidupan kita dan akibat yg baik kepada kita..
mudah-mudahan, persoalan mcm nie ta kan celarukan kita, kan.. oke lah ! bila
dah selesai, yakinlah pada DIA dan rela kan hati dgn ketentuanya.. mgkin
pilihanNYA ta tepati apa kita nak, tapi cuba yakin, apa yg DIA beri, apa yg DIA
tunjuk, ada hikmahnya.. mungkin sekarang
kita belum nmpak hikmahnya tapi insyaallah suatu hari nanti.. bergembiralah dgn
apa yg kita peroleh dan bersyukur.. J